Wednesday, 28 May 2014

THE RED VELVET PROJECT!


Tadaa I just bought my new oven..yeayyy!! Brand Europa best punya! besar dan sekata kalau bake skali banyak.. haritu mood down sgt sebab oven lama tu problem..so bila dah ada Oven baru ni..tak sabar2 nak bake segala benda.

Ok my first project using this oven called " THE RED VELVET MARATHON". Kenapa marathon? sebab puasa dah nak dekat, so ramai org tengah usahr kueh2 raya sekarang, and i hope my new product ni dapat sambutan terpilih dalam list kueh raya semua orang..

So this is my first time to bake my red velvet cookies..haa nampak dak dalam oven tu...setia ja aku tunggu depan pintu oven, punya la jakun dengan oven baru hehe.

baby baru nak membesar
gini le bentuknya..lebih kurang  chocolate chips cookies juga kn..
red velvet cookies full with almond and chocolate chip
and i baked it more n more n more...yummeyhhh!!
a bunch of my new baby red velvet almond cookies



Sunday, 25 May 2014

MIND MAP MINERAL COFFEE


Haa..kali ni saya bagi info tentang MINERAL COFFEE ni dalam bentuk mind mapping..which is lebih senang untuk kita faham berdasarkan point2 yang saya tulis. dan satu lagi bagi memudahkan pembaca dapatkan info dengan lebih simple! yer la saya ni pon jenis pe'el malas nak baca blog orang panjang2, so i made the solution for the lazy person like me to read in simplest way! heheh.

  Kalau tak paham boleh rujuk pada saya ok!

THE BEST MINERAL COFFEE EVER!
EXTRA INFORMATION:
HARGA MINERAL COFFEE RM26.50 / 20 packs

Sunday, 18 May 2014

MAHKOTA PADA HARI KIAMAT

Anugerah, Amanah,Ujian dari Allah.
Adam day 1st.
Anak merupakan Anugerah Allah.
Mereka juga adalah Amanah Allah.
Sudah jelas juga didalam al-Quran..mereka merupakan Ujian Allah

Anugerah, Amanah dan Ujian itulah yang berada ditangan kita.
Akhirat kita nanti bergantung kepada bagaimana kita 'mengurus'
Anugerah, Amanah dan Ujian ini.

Syurga amatlah mahal dan perlukan usaha dan tindakan kita di dunia
sebelum menjejakkan kaki ke negeri akhirat yang kekal abadi.
Kita amat bertuah, kerana di lahirkan dalam Islam. Namun biarkah Islam
sebenar-benarnya dan jangan hanya pada nama. Al-Quran pula adalah
petunjuk untuk kita menuju ke Syurga Idaman itu.

"Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung
dalamnya maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota 
pada hari kiamat yang sinaran makota itu akan melebihi daripada
cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah
kamu di dunia ini".
( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud )

Anak pertama kami alhamdulillah
Muhammad Adam Zariff
Apakah kesibukan kita di dunia yang sementara ini
menyebabkan kita mengabaikan kehidupan kita yang kekal di akhirat?

Sama-samalah kita renungkan..


ORDINARY SALT VS BAMBOO SALT

INFO PENTING ANDA HARUS TAHU!!



Hampa tau dak masakan kita hari hari dok makan tu mengandungi garam tersembunyi!! Garam terkandung dalam bahan masakan seperti kicap, sos, mayonis, penambah perisa, ikan masin dan lain2 lagi.

Garam tu dah la berkimia, berasid, boleh menjejaskan kesihatan plak tu!!

Haa sama la macam garam yang biasa ada kat dapuq tu huhu..

Air laut adalah sumber utama untuk menghasilkan garam. Tapi hampa tau tau la kan hakikatnya laut sekarang dah makin tercemar. Kalau laut dah tercemar maka garam yang dihasilkan pon turut tercemar. So sebab tu la kita kena ada kaedah macam mana nak menghasilkan garam yang selamat, yang menyihatkan dan berkhasiat untuk sistem badan kita.

Jadi langkah selamatnya ialah kita perlu BAKAR garam tersebut untuk nak buang jauh2 segala unsur2 tercemar dan menghasilkan garam yang bermutu penuh keunggulan untuk kegunaan kita hari2. Tapi cukup rajin ka hampa-hampa ni nak bakaq garam? hehe..kalau rajin baguih silakan..kalau tak haa meh nak bagitau meh..

Garam buluh adalah garam laut yang dibakar secara traditional untuk menyingkirkan kimia, logam berat dan asid. Garam buluh beralali dan banyak mineral lah yang amat sesuai untuk kesihatan.

Khasiat Garam Buluh memang terbukti dalam masyarakat Korea yang mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik, malah jangka hayat penduduknya juga amat panjang (dengan izin Allah)

YANG PALING BEST!!! Garam Buluh juga amat bagus untuk menjaga keremajaan kulit dan melambatkan proses penuaan. Soo ini bermakna amat sesuai untuk awet muda..fewwitt...

So apa saya nak share ni untuk yang takde masa or tak reti cara nak bakar garam laut iaitu PRODUK GARAM BULUH.

Produk Garam Buluh memang ada khusus untuk masakan (GARAM BULUH PREMIER POWDER COOKING) & juga Garam Buluh untuk Minum ( GARAM BULUH PREMIER MINUMAN)..


Haa bagi penggemar kopi plak, Garam Buluh ada dalam MINERAL COFFEE..



Garam Buluh juga boleh dijadikan terapi semasa mandi. Set mandian MARINE ESSENCE memang terapi termudah dengan khasiat terbaik!



Tidur pun kini sambil terapi garam dengan TILAM BVSM.




Jom pilih garam yang berkualiti untuk ikhtiar kesihatan yang berpanjangan..in shaa Allah!

WE ARE WHAT WE EAT & DRINK!!

>> PM 018-3226671 UTK INFO PRODUK DENGAN TERAPI GARAM TERBAIK! <<

Sunday, 11 May 2014

YEAH MAK DAH BALIK!!

Haa mak dah balik dari UK melawat kakak2 yang stay dekat sana..punya lama 2 bulan stgh..ayah pon dah rindu dengan mak hehe. So bila balik tu ayah dengan semangat ajak anak2 lain dekat kl ni berkumpul dekat rumah makan sama2 dan sembang2.
picture time!! monopod takda daaa
Ha saya ni kalau dah ramai the easy things tu do is NASI AYAM! sebab dapur kecik pening kalau nak masak banyak lauk pauk kan..plus ada SATAY ang dan kaksuzen bawa, and buah nanas dari yan serta buah tembikai husna bawa.

Tadaaa..pueh makan semua habis yum yumm..
hambekk koo tengok nanas punya besaq!!
Lepas makan2 tu kami buat surprise untuk ayah dan mak..Kek sempena BELATED BIRTHDAY AYAH dan MOTHER'S DAY untuk mak!! Carrot cake with cheese cream! Seedaaappp sangat! Alhamdulillah semua suka dengan kek ni..Mak siap malu2 nak potong kek dengan ayah hahah..mak uii dah hidup dengan ayah bertahun2 pon malu lagi ker?? chomel betoi hihi!
Special for both of them!!
sapa berminat nak order bleh order kat Kak Tinaz dari Cheras. Cari Domestic Bliss..terbaik!!! tak pernah hampa dengan hasil dan rasa kek akak ni. 

ok apa2 pon WELCOME HOME MAK..AND HAPPY MOTHER'S DAY!! 
And to Ayah..HAPPY BELATED BIRTHDAY!! We love both of you!!


Tuesday, 6 May 2014

CANDY SNACK HOMEMADE!

COOKIES & CREAM PUPPY CHOW !! 

Warning! This recipe is dangerously addicting. It is physically impossible to STOP eating bite by bite by bite. Before you know it, the entire batch will be gone. I speak (type?) from experience. 
kruk kruk!
hehe macam dasyat kan bunyi dia hehe..ok sebab sedap la nak share resepi ni, jom kawan2 kita naikkan kandungan gula dalam badan kita! heheh

ok dah ni resepinya:

BAHAN2:

A:
  • 6 OZ semi sweet chocolate
  • 1 tsp shortening
  • 3 cups Rice Chex cereal
  • 4 oreos, crushed 
  • 1/3 cup confectioners sugar

B:
  • 6 oz white chocolate 
  • 1 tsp shortening
  • 3 cups Rice Chex cereal
  • 4 oreos, crushed
  • 1/3 cup confectioners sugar

1) Sediakan 2 plastik zip, setiap satu di isi crushed oreos dan sugar. ketepikan.
2) Keluarkan 2 mangkuk besar, tuang cereal 3 cup utk setiap mangkuk. ketepikan
3) Sediakan 2 mangkuk kecik. Cairkan coklat + shortening dengan kaedah double boil/ microwave hingga cair. tuang ke dalam mangkuk cereal dan gaul. Ulang langkah ini untuk white coklat version.
4) jika dah bercampur, baru masukkan setiap mangkuk dalam plastik zip dan shake! shake! shake! sampai semuanya coated!
5) Siap!

Apalagi makan lorh!! GOOD LUCK!!

SHAMPOO TERBAIK PERNAH SAYA PAKAI!

SHAMPOO TERBAIK!!!
Seriously.. dalam banyak2 shampoo saya pernah pakai, ni lah shampoo paling best..bukan nak mengayat ke apa tapi betui2. Actually dah lama tengok orang dok post pasal shampoo marine essence ni tapi macam ambik endah tak endah. Nak jadi cerita shampoo dah abes, and masa tu nak ambik stok COZUMA LIPTSIK dan MINERAL COFFEE..so skali harung angkut la 1 MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO ni..

Balik tu terus pakai, perghhh baru dok ramas rambut dengan shampoo ni semerbak bau bilik mandi..dah tu lepas mandi tu rasa segar sangat kepala, ringan, harum dan rasa cam baru abes buat spa pulok..over pulak kan..tp that what i felt, terus jatuh cinta!!

Shampoo ni Insya Allah boleh menyelesaikan masalah rambut keguguran, berminyak/ kering, kelumumur, jerawat kepala, bau tidak enak kepala, masalah kulit kepala dan lain2.

Adik saya yg mengalami keguguran rambut yang kronik pon dah baik lepas pakai shampoo ni! menakjubkan kan!

Pertama kalinya shampoo yang menggabungkan teknologi inovatif dengan  ramuan semulajadi dan botani GARAM BULUH dan Pheno-SFE untuk membersih, menyihatkan serta melembabkan rambut.

Dan yang bestnye shampoo ni:
>> NO PARABEN
>> SOAP FREE
>> ANTI BACTERIAL
>> ANTI OXIDANT

250 ml sebotol dan harga bagi saya walaupun mahal sikit dari pasaran tapi sangat berbaloi untuk digunakan...seriously!

* juga terdapat MARINE ESSENCE BAMBOO SALT BODY WASH.

>> boleh hubungi saya jika nak pakai shampoo ni jugak!! <<
>> HIGHLY RECOMMENDED!! <<


Sunday, 4 May 2014

COFFEE FOR PREGNANT WOMAN??

Ok selalunya bila cakap pasal coffee pasti ramai yang tak setuju wanita hamil dan menyusu mengamalkan coffee..
MINERAL COFFEE BEST!!
Ya, Kafein yang terkandung dalam kebanyakan kopi di pasaran termasuk 3 in 1 amat tinggi kuantitinya yang boleh memberi kesan pada bayi dalam kandungan maupun yang disusukan. Tapi lain dengan MINERAL COFFEE ni.

Ada yang tanya ibu mengandung boleh tak minum kopi ni?
Bahaya tak?
Jawapan: Ibu mengandung pon boleh minum MINERL COFFEE ni..dan takde effect  untuk baby dalam perut. Dan kita pon tahu, kopi 3 in 1 kat pasaran sekarang ni tak bagus untuk ibu mengandung sebab kandungan kafein yang tinggi. So itu yang kita risau takut ada effect kat baby..tapiii MINERAL COFFEE tiada kafein!!

MINERAL COFFEE ada garam buluh. dan apa pula kegunaan garam buluh?
Bagi IBU HAMIL>>
- Mengatasi masalah bacaan HB rendah
- Menstabilkan gula dalam darah utk mengelakkan GDM/kencing manis ketika mengandung
- Menstabilkan tekanan darah yang tinggi atau sangat rendah
- Memberi tenaga serta mengenyangkan di kala si ibu mengalami morning sickness; tak lalu makan @ kerap muntah pada awal kehamilan
- Si ibu lebih bertenaga & tidak mudah penat sepanjang kehamilan
- Merawat 'cramps' dan sembelit di kalangan ibu hamil

Bagi IBU MENYUSU>>
- Khasiat Megnesium dalam MINERAL COFFEE akan membantu memudahkan penyerapan kalsium yang sangat penting bg kesihatan tulang&gigi ibu menyusu.
- MINERAL COFFEE dapat meredakan stress para ibu akibat masalah/kesakitan selepas bersalin dll. Ingat, punca utama KEGAGALAN penyusuan eksklusif ibu adalah STRESS selain amalan pemakanan yang tidak betul.
- Membanyakkan / memekatkan susu badan
- Ibu menyusu pasti boleh kekal langsing dengan MENYUSU BAYI & MINERAL COFFEE!

Jadi terjawab sudah pertanyaan bagi yang ragu2 untuk minum MINERAL COFFEE. Pasni dah boleh minum kopi dengan senang hati..YEAYY!!


>>Boleh dapatkan MINERAL COFFEE  dengan saya dengan harga terbaik!<<
>> pm/whatsapp 018-3226671 <<


Saturday, 3 May 2014

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE TRIP!!


Haa..lama tak update blog..since pegi bercuti sambung balik kampung lepas tu sibuk dengan kerja..kerja apa tatau la..haha

22 April 2014 tu kami dah kat Johor, ayah bawa pi makan dekat Banafee Village, cozy relax restaurant, makanan pon punya la banyak nk pilih, ambik masa lama juga la untuk pilih hehe..pape pon makanan sana memang ohsem!!
Banafee Village Restaurant, sedap!!
Ok dan esok pagi2 lepas subuh je terus siap pi USS, breakfast di hotel makan apa yang sempat dan ke Singapore by bus travel agency yg bawa direct ke USS.

Ni sampai pintu depan USS apa lagi tempat wajib tangkap gambar..hehe
adam tidoq lagi hehe
Dalam USS ni banyak section.semua ikut tema dia..dan setiap tema ada keunikan tersendiri..BEST!!

Firstly, kami ke Hollywood & New York ..more to cuci mata semua tengah jakun tatau nak start mana satu dulu haha. the first thing kami masuk ke SESAME STREET SPAGHETTI SPACE CHASE! best sangat tapi sayang ketinggian adam belum cukup untuk masuk. 
SESAME STREET!
OK lepas tu kami ke SCI-FI CITY iaitu TRANSFORMERS PUNYA DUNIA..and the best game like most of people said..tapi beratur punya la panjang..sebbaik best! and then we met up with transformer hidup..serious macam  betui..memang betui pon haha..
TRANSFORMERS
dan sempat rakaam aksi bumblebee dan megatron..

Ok then we move to ANCIENT EGYPT, which is the best game is REVENGE OF THE MUMMY! Majdah bukan main lagi jerit sampai nak terkeluaq tekak hahah..sebab kan kami di Egypt dan dan ja kat situ la paling panas skali..so apa lagi makan ice creamla ada jual merata2.
HOT EGYPT

dah masuk egypt..pi plak zaman dinosour..macam2 dinasour ada..ada yg kena tangkap hidup2..haha memang nampak real! bawa adam naik kelawar dinosour, punya syok dia. lepas tu ada persempahan action movie..cool abeh!
The Lost World
Ok cukup dengan aksi macam2 dinosour, kami di bawa ke dunia FAR FAR AWAY..alah yg ada shrek2 tu. tengok SHREK 4D ADVENTURE. kerusi semua bergerak time show tunjuk naik kuda, konon macam naik kuda betui2, pehtu ada semburan air sbb donkey tu bersin, terasa ada labah2 kt kaki dan lain2 lagi..menarek sangat!
FAR FAR AWAY from other place...
Lepas berangan dekat negara yang penuh dengan imaginasi tu, sampai plak kat duia MADAGASCAR! Welcome to the animal world!!berjumpa dengan karakter madagascar, masuk ke MADAGASCAR: A CRATE ADVENTURE, naik boat ride keliling pulau madagascar!
Madagascar team!
Ok sampai situ ja..banyak kan..haa tak abes lagi sebab lepas abes tu kami masuk ke HOLLYWOOD dan makan..LAPAQ HOKEY! ada MEL'S DRIVE CAFE, which is halal western food. redeem ngn voucher dapat lah murah, sedap plak tu!! lepas makan sempat masuk satu lg show MONSTER ROCK THEATER MUSICAL..and last skali pi beli Souviner dan balik..
makan sangat lah laparr
Haa menarek kan dan macam2 kan..itu pon kira banyak lg show dan attraction yang kami tak sempat masuk.. penat dah ni edit pic n tulis setiap section..ok bai! 

  >> RECOMMENDED UNTUK PERGI KE USS!! BESTT GILER BAQ HANG! <<









Monday, 7 April 2014

PUDING ROTI BUAH PIC

selamat petang! balik2 kerja plus tgh start nak hujan ni kalau makan cekodok labu dengan teh o panas mesti layan kan..

haa..ni saya buat PUDING ROTI BUAH PIC..resepi dari Azlita Abdul Aziz, blogger food terkenal. actually boleh je dapatkan resepi dari blog dia, tapi saya beli buku resepi dia dekat bookfair ritu. ye la kadang2 lebih mudah masak dengan buku kat seblah. kalau pakai laptop nak kene lari2 kejap2 dari dapur ke laptop nak tengok resepi punya pasal haha.xsempat siap dah berpeluh.

merajinkan diri buat puding sebab adik paling bongsu datang rumah haritu, so saja nak jamu sedap2 sket kan..hee. lagipun resepi dia senang sangat nak buat.

tadaa..this is my version!
RESEPI PUDING ROTI BUAH PIC

Bahan:
8 keping roti butterscotch(dipotong)
500ml susu cair
125ml double cream
60gm gula perang
3biji telur
1sudu teh esen vanila
1 tin buah pic
2sudu besar gula pasir halus

Cara:
1) Panaskan oven dengan suhu 170celcius
2) Susun roti di dalam bekas aluminium 
3) Dalam satu bekas yang lain, campuran susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanilla.
4) Pukul sehingga adunan rata
5) Tuangkan perlahan di atas roti tadi dan tekan roti supaya ia meresap adunan.
6) Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20minit.
7) Susunkan kepingan buah pic atasnya
8) Taburkan sedikit gula pasir
9) Bakar oada suhu 170 celcius selama 40 minit.
10) Dimakan panas atau sejuk. (sejuk lagi sedap)

ok siap! senangkan! Selamat mencuba!!!

this is my youngest sister!
sempat bawa fah jalan2 kat putrajaya jer huhu




Sunday, 6 April 2014

FENOMENA ALAM DAN KEDATANGAN DAJJAL AL-MASIH

Assalamualaikum,

Pagi isnin ni nak share link youtube, tolong luangka masa anda untuk tonton kejap jer.
FENOMENA ALAM DAN KEDATANGAN DAJJAL AL-MASIH

Saya ingatkan sekali lagi.. para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dalam imannya pun tidak sanggup untuk hidup di zaman Dajjal. Zaman itu telah diletakkan diatas bahu kita samada kita rela atau tidak. Jika tidak kita, mungkin anak cucu kita. Tiada siapa yang menyanggupi jika ditanya, tetapi ia tetap akan terjadi di zaman terdekat ini.


Diharap anda dapat meluangkan masa untuk menonton video youtube yang digabungkan yang merujuk kepada persamaan fenomena alam yang dikaji saintis dan hadis-hadis Rasulullah yang telah menjangkau lebih ribuan tahun dahulu. Seperti kata Ustaz di dalam video ini.. Janganlah kita seperti kaldai yang tidak tahu apa yang terjadi ketika ia sedang terjadi. 

Jika Allah mahu menyelamatkan seseorang, Allah akan dekatkan seseorang itu dengan ilmu agamaNya. Semoga video ini bermanfaat. Ianya akan mengambil masa hampir 15 minit. Klik link ini untuk ke video berkenaan. 

Seperkara lagi, Allah tidaklah menjadikan sesuatu tanpa mengajarkan kita cara untuk mengatasinya. 10 ayat pertama surah Al Kahfi mampu membentengi diri kita dari semua ini.

Jadi pada yang belum mula membaca surah al-kahfi ayat 1-10 pertama dan 10 ayat terakhir, bacalah..hafallah..jadikan bacaan harian kalau boleh.

Disini saya sertakan link video yang betul tersebut sekali lagi https://www.youtube.com/watch?v=DVNX4yz5NgA

>> info dan link dapat dari kiriman emel lina karim <<

Monday, 31 March 2014

MY PRECIOUS WEEKEND

Haa last weekend sabtu and ahad filled with lots of activities with my family..Sabtu tu kami pi Masjid As-Salam ada karnival Rasul in My Heart..seronok sangat sebab dapat bawa adam naik kuda..faveret binatang dia.
KARNIVAL RASUL IN MY HEART


Kalau tanya adam " adam bunyi horse cemana?" dia akan balas.".neighhhh.." tapi kadang2 bunyi macam kuda tak makan lagi pon ada hahha. punya la dia seronok dapat naik kuda, muka dia tergamam macam tak percaya dapat naik kuda hehee. Siap kiss kuda lg adam lepas tu, hai berani beno, ibu dia yang cuak time tu ok.

Selain naik kuda, adam main2 dengan arnab, dia suka tapi agak rimas bila arnab kerumun and main2 dekat kaki dia haha. lepas tu tengok aktiviti memanah, orang berkayak, dan juga banyak gerai jual macam2 barang. sambil berhibur dan sambil bershopping ada ceramah. jadi boleh mendapat ilmu agama skaligus. best kan! aktiviti macam ni la kita nak dekat malaysia ni.

Malam tu pulak ada qasidah dari kumpulan baru ni, sedap juga dengar. lepas tu ceramah dari seorang ustad menceritakan tentang zaman jahililah dulu. Selain tu ada juga mawi datang nyanyikan lagu rasulllah. haa tak yah habaq la makcik2 punya la excited, mawi kan peminat dia makcik2 ja hehe sian dia. tapi memang sedap pon vocal mawi ni.

6TH PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA
ok itu citer hari sabtu. Ahad tu pulak pagi2 lagi lepas subuh kejut suami suruh siap nak pi putrajaya plak. misi kali ni nak tunjuk hot air balloon kat adam. sebab hari2 dia buka buku my first word dia suka tunjuk dekat pic HOT AIR BALLOON!! So kali ni biaq dia tengok live depan mata baru syok kan! 

Punya la seronok adam plus jakun tengok balloon tu punya besaq. kalau banyak duit dah lama pi naik balloon tu skali (padahal mak dia yg teringin) takpa takpa InsyaAllah satu hari nanti. ada pertunjukan jet, helikopter ride, giant ball, rock climbing, picnic area, cruise keliling putrajaya. kami nak naik bot dondang sayang tu sbb tengah promosi dari RM30 sorunk, jadi RM10 ja. tapi umur adam xlepas..so takpa la tunggu adam besaq nanti.

So walaupun takda la pi jauh2 mana pon..but the moment tu best sangat. kesimpulannya sapa yg ada anak tu bawa ja pegi spend time together, xperlu mahal2 takperlu jauh2 (tapi kalau banyak duit baik pi travel jauh2 lagi best hehe). 

Lastly thanks to my dear husband, walaupun actually dia busy n penat sabtu tu tapi gagah gak bawa kami ni jalan2..tq b!

Thursday, 27 March 2014

SOMETIMES SOMEBODY HAS TO HIT MY HEAD!

yes..i mean it..but please not too hard hehe..

actually this one day someone who i closed to saja je main2 say something in joking way..but then it just like macam kene smash kt kepala ni..i acted silent..org akan ingat saya merajuk la tapi actually i am not..the truth is rasa kulit muka ni macam tebal semacam even though dah lama xbeli bedak.malu dengan diri sendiri n dia la of course haha.

the thing is nampak kecik tapi sangat bermakna untuk saya. and i response with the good way..trus dr situ cam 360 berubah. harap2 berkekalan dan istiqamah la kan. Allah nak tegur kita dengan pelbagai cara, yer la sbb saya ni jenis cepat tersentap dan terasa..so cara Allah tegur cara halus alhamdulillah, rasa sangat bersyukur.

So to the person who i mean it..thanks for the smash!! haha! dont worry im not sulking it just menyorok tepi almari jap! hehe

>> kesimpulannya kadang2 Allah hantar orang untuk tegur kesilapan kita atau untuk sedar kekurangan kita, so its depends to you to response it in negative or positive way!<<

lebih kurang begini la rasanye haha

Monday, 24 March 2014

STICKY STICKS WITH CHOCOLATE SAUCE by Fabulous Brothers

gambar asal dr fabulous brother
and this is my version...

400g water
2 tbsp oil
130g self-raising flour
130g plain flour
Pinch of salt
20g granulated sugar
Vegetable oil, for deep-frying
Zest of 1 orange
Plenty of caster sugar, for rolling

For the chocolate sauce
100g dark chocolate
2 tsp sugar
50ml double cream
Small knob butter
Pinch of salt

Method
1. In a pan, bring the water and oil to the boil. Mix the flours, salt and 20g sugar in a bowl, then slowly pour in the hot water mixture. Using a fork quickly mix the water in. You should have a stiff sticky dough, but don't overwork it.
2. Heat the vegetable oil to 170°C in a fryer or heavy-based saucepan. Quickly with light hands roll the dough into longish sticks. Place a few at a time into the fryer. They should take about 3-5 minutes to cook until they are golden and crispy on the outside and fluffy in the middle.
3. Lift out of the oil, drain on kitchen paper. In a tray mix the orange zest with a good amount of caster sugar, then toss with the hot doughnuts to coat.
4. For the sauce, place the ingredients in a small pan and heat gently. Stir until the butter and chocolate has melted and the sauce is smooth and glossy. Don't heat too much as the chocolate and cream will split.
5. While the sauce is still warm dip the sticky sticks and devour.
Untuk mendapatkan resepi penuh boleh masuk link ni http://www.channel4.com/programmes/the-fabulous-baker-brothers/articles/all/sticky-sticks-with-chocolate-sauce-recipe

Hurmm...nmpk sedap tak? actually this is my most favourite recipe kalau petang2 tatau nak buat apa atau kehabisan bahan dapuq malas nk pi kedai..so here it is STICKY STICKS WITH CHOCOLATE SAUCE! Sangat mudah nak buat dan juga sangat sedap dinikmati..

And here is my kitchen helper..hehe
my kitchen helper, lil Adam
so senang sangat nk buat..bahan pon simple je..apa lagi try la! Selamat mencuba mak mak!

Sunday, 23 March 2014

SPEND FOR KNOWLEDGE IS THE BEST INVESTMENT

Semalam saya pegi MPH International Book Fair dkt PICC, Putrajaya. well saya ni pantang ada event or expo buku or barang baby yg dekat sure lekaih2 nak join..bukan apa selain boleh mendapatkan buku2 dengan harga yang murah juga dapat tumpang2 baca hehe..walaupun time nk parking tu bertawaf keliling bangunan tapi akan ku harungi jua!!!! fyuh fyuh!!
entrance
Saya ni takde la borong sampai berkotak2 buku..ikut je kemampuan, beli sket..nanti ada event lain beli lagi..especially buku untuk anak..walaupun rambang mata dan nafsu nak beli meningkat tapi alhamdulillah i can control myself. beli buku untuk anak ikut umur semasa dia..nnt sure ada event lain beli la buku time umur dia time tu plak kan..tapi kalau hampa memang banyak duit..suka ati laa sebab beli buku byk2 tak kan penah rugi..ruginya jika tak baca jer hehe.

suka tgk moment nii
yang bestnye time expo buku ni..sure abahnye adam ni la jd story teller bacakan untuk adam..so sweet!! selain buku banyak sale! boleh tumpang baca! juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan selain cuci mata ehhhh hehe.

Will hunting next book expo!!


ADAM'S BFF

Saja nk share entry ni ttg my son dengan my little niece Aleesya..depa dua ni dah mcm BFF..klo jumpa dua2 over..kejap baik kejap gaduh pehtu baik balik..haha lawak..besa la kan budak2..Saja la bawa budak2 ni gi main kt indoor punya tempat main..nama tempat ni Reka Zone dekat IOI Mall, Puchong.

Punya la seronok main..baling bola..kejar bola..lompat sana lompat sini, slide lagi, main house dan lain2..tambah2 ada gank lagi la havoc kan! 

bff..dah macam adik ngn kakak dah


yang penting mak dia pon nak interframe hehe



ALAMAK TERJEBAK DENGAN TUDUNG BAWAL AIDIJUMA!!

Tengah-tengah malam ni tetiba pulak tak mengantuk padahal seharian berjalan. Bercakap pasal topik "Alamak terjebak dengan tudung bawal aidijuma" ni asalnya tak penah lak minat dengan tudung ni apatah lagi tudung bawal...please erkk malas nk pin2 nak iron lagi bagai..sebab im prefer the express tudung mcm ariani atau sekuncu2nya.. Tapi semenjak dua menjak ni cantik pulak design datin juma ni keluarkan.haihh..plus dok tengok adik ipaq pakai, dulu teman dia ke central market tak heran pon..sekarang aku plak yang over ahhaha..

and semalam ni citernye keluar design baru White label..and datin juma ckp stok ni takkan di ulang lagi..hah! apa lagi pagi2 sabtu dah pederaih minyak pi kedai AJ kt central market tu hahha..punya ramai sesak habaq ang!dan berlaku lah tragedi tarik menarik berebut tudung!! hahha takde lah..just kidding..buruk beno perangai kalau centu. 

ni lah orang yg bertanggungjawab menghasut aku pakai tudung aidijuma ni


tengok la happy tak muka? blkg tu dah banyak yg kosong


beratur sampai ke tangga hokey nak bayaq!
Ok just for ur info tudung Aidijuma ni harga mampu milik..ada 3 jenis White Label, Black Label dan  Red Label..kalau dulu slalu layan Ariani..skrg layan ni lg best..LAGEY JIMAT!! hehehe.

dan petang nye tu terus pakai tudung baru! punya tak sabaq dan konon nye paling update la kan hahaha..



Thursday, 20 March 2014

SALAM JUMAAT - BACALAH SURAH AL-KAHFI

10 Ayat pertama surah Al-Kahfi 1-10

10 AYAT SURAH AL-KAHFI
- Untuk Mohon Pelindungan Allah SWT Daripada Fitnah Dajjal
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.


Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)  

10 Ayat terakhir surah Al-Kahfi 101-110

Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”