Sunday, 18 May 2014

MAHKOTA PADA HARI KIAMAT

Anugerah, Amanah,Ujian dari Allah.
Adam day 1st.
Anak merupakan Anugerah Allah.
Mereka juga adalah Amanah Allah.
Sudah jelas juga didalam al-Quran..mereka merupakan Ujian Allah

Anugerah, Amanah dan Ujian itulah yang berada ditangan kita.
Akhirat kita nanti bergantung kepada bagaimana kita 'mengurus'
Anugerah, Amanah dan Ujian ini.

Syurga amatlah mahal dan perlukan usaha dan tindakan kita di dunia
sebelum menjejakkan kaki ke negeri akhirat yang kekal abadi.
Kita amat bertuah, kerana di lahirkan dalam Islam. Namun biarkah Islam
sebenar-benarnya dan jangan hanya pada nama. Al-Quran pula adalah
petunjuk untuk kita menuju ke Syurga Idaman itu.

"Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung
dalamnya maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota 
pada hari kiamat yang sinaran makota itu akan melebihi daripada
cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah
kamu di dunia ini".
( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud )

Anak pertama kami alhamdulillah
Muhammad Adam Zariff
Apakah kesibukan kita di dunia yang sementara ini
menyebabkan kita mengabaikan kehidupan kita yang kekal di akhirat?

Sama-samalah kita renungkan..


No comments: