Assalamualaikum,
Pagi isnin ni nak share link youtube, tolong luangka masa
anda untuk tonton kejap jer.
Saya ingatkan sekali lagi.. para sahabat Rasulullah s.a.w.
yang dalam imannya pun tidak sanggup untuk hidup di zaman Dajjal. Zaman itu
telah diletakkan diatas bahu kita samada kita rela atau tidak. Jika tidak kita,
mungkin anak cucu kita. Tiada siapa yang menyanggupi jika ditanya, tetapi ia
tetap akan terjadi di zaman terdekat ini.
Diharap anda dapat meluangkan masa untuk menonton video
youtube yang digabungkan yang merujuk kepada persamaan fenomena alam yang dikaji
saintis dan hadis-hadis Rasulullah yang telah menjangkau lebih ribuan tahun
dahulu. Seperti kata Ustaz di dalam video ini.. Janganlah kita seperti kaldai
yang tidak tahu apa yang terjadi ketika ia sedang terjadi.
Jika Allah mahu menyelamatkan seseorang, Allah akan dekatkan
seseorang itu dengan ilmu agamaNya. Semoga video ini bermanfaat. Ianya akan
mengambil masa hampir 15 minit. Klik link ini untuk ke video berkenaan.
Seperkara lagi, Allah tidaklah menjadikan sesuatu tanpa
mengajarkan kita cara untuk mengatasinya. 10 ayat pertama surah Al Kahfi mampu
membentengi diri kita dari semua ini.
Jadi pada yang belum mula membaca surah al-kahfi ayat 1-10
pertama dan 10 ayat terakhir, bacalah..hafallah..jadikan bacaan harian kalau
boleh.
Disini saya sertakan link video yang betul tersebut sekali
lagi https://www.youtube.com/watch?v=DVNX4yz5NgA
>> info dan link dapat dari kiriman emel lina karim
<<
No comments:
Post a Comment