Monday, 7 April 2014

PUDING ROTI BUAH PIC

selamat petang! balik2 kerja plus tgh start nak hujan ni kalau makan cekodok labu dengan teh o panas mesti layan kan..

haa..ni saya buat PUDING ROTI BUAH PIC..resepi dari Azlita Abdul Aziz, blogger food terkenal. actually boleh je dapatkan resepi dari blog dia, tapi saya beli buku resepi dia dekat bookfair ritu. ye la kadang2 lebih mudah masak dengan buku kat seblah. kalau pakai laptop nak kene lari2 kejap2 dari dapur ke laptop nak tengok resepi punya pasal haha.xsempat siap dah berpeluh.

merajinkan diri buat puding sebab adik paling bongsu datang rumah haritu, so saja nak jamu sedap2 sket kan..hee. lagipun resepi dia senang sangat nak buat.

tadaa..this is my version!
RESEPI PUDING ROTI BUAH PIC

Bahan:
8 keping roti butterscotch(dipotong)
500ml susu cair
125ml double cream
60gm gula perang
3biji telur
1sudu teh esen vanila
1 tin buah pic
2sudu besar gula pasir halus

Cara:
1) Panaskan oven dengan suhu 170celcius
2) Susun roti di dalam bekas aluminium 
3) Dalam satu bekas yang lain, campuran susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanilla.
4) Pukul sehingga adunan rata
5) Tuangkan perlahan di atas roti tadi dan tekan roti supaya ia meresap adunan.
6) Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20minit.
7) Susunkan kepingan buah pic atasnya
8) Taburkan sedikit gula pasir
9) Bakar oada suhu 170 celcius selama 40 minit.
10) Dimakan panas atau sejuk. (sejuk lagi sedap)

ok siap! senangkan! Selamat mencuba!!!

this is my youngest sister!
sempat bawa fah jalan2 kat putrajaya jer huhu




Sunday, 6 April 2014

FENOMENA ALAM DAN KEDATANGAN DAJJAL AL-MASIH

Assalamualaikum,

Pagi isnin ni nak share link youtube, tolong luangka masa anda untuk tonton kejap jer.
FENOMENA ALAM DAN KEDATANGAN DAJJAL AL-MASIH

Saya ingatkan sekali lagi.. para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dalam imannya pun tidak sanggup untuk hidup di zaman Dajjal. Zaman itu telah diletakkan diatas bahu kita samada kita rela atau tidak. Jika tidak kita, mungkin anak cucu kita. Tiada siapa yang menyanggupi jika ditanya, tetapi ia tetap akan terjadi di zaman terdekat ini.


Diharap anda dapat meluangkan masa untuk menonton video youtube yang digabungkan yang merujuk kepada persamaan fenomena alam yang dikaji saintis dan hadis-hadis Rasulullah yang telah menjangkau lebih ribuan tahun dahulu. Seperti kata Ustaz di dalam video ini.. Janganlah kita seperti kaldai yang tidak tahu apa yang terjadi ketika ia sedang terjadi. 

Jika Allah mahu menyelamatkan seseorang, Allah akan dekatkan seseorang itu dengan ilmu agamaNya. Semoga video ini bermanfaat. Ianya akan mengambil masa hampir 15 minit. Klik link ini untuk ke video berkenaan. 

Seperkara lagi, Allah tidaklah menjadikan sesuatu tanpa mengajarkan kita cara untuk mengatasinya. 10 ayat pertama surah Al Kahfi mampu membentengi diri kita dari semua ini.

Jadi pada yang belum mula membaca surah al-kahfi ayat 1-10 pertama dan 10 ayat terakhir, bacalah..hafallah..jadikan bacaan harian kalau boleh.

Disini saya sertakan link video yang betul tersebut sekali lagi https://www.youtube.com/watch?v=DVNX4yz5NgA

>> info dan link dapat dari kiriman emel lina karim <<