Kalau tanya adam " adam bunyi horse cemana?" dia akan balas.".neighhhh.." tapi kadang2 bunyi macam kuda tak makan lagi pon ada hahha. punya la dia seronok dapat naik kuda, muka dia tergamam macam tak percaya dapat naik kuda hehee. Siap kiss kuda lg adam lepas tu, hai berani beno, ibu dia yang cuak time tu ok.
Selain naik kuda, adam main2 dengan arnab, dia suka tapi agak rimas bila arnab kerumun and main2 dekat kaki dia haha. lepas tu tengok aktiviti memanah, orang berkayak, dan juga banyak gerai jual macam2 barang. sambil berhibur dan sambil bershopping ada ceramah. jadi boleh mendapat ilmu agama skaligus. best kan! aktiviti macam ni la kita nak dekat malaysia ni.
Malam tu pulak ada qasidah dari kumpulan baru ni, sedap juga dengar. lepas tu ceramah dari seorang ustad menceritakan tentang zaman jahililah dulu. Selain tu ada juga mawi datang nyanyikan lagu rasulllah. haa tak yah habaq la makcik2 punya la excited, mawi kan peminat dia makcik2 ja hehe sian dia. tapi memang sedap pon vocal mawi ni.
![]() |
| 6TH PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA |
ok itu citer hari sabtu. Ahad tu pulak pagi2 lagi lepas subuh kejut suami suruh siap nak pi putrajaya plak. misi kali ni nak tunjuk hot air balloon kat adam. sebab hari2 dia buka buku my first word dia suka tunjuk dekat pic HOT AIR BALLOON!! So kali ni biaq dia tengok live depan mata baru syok kan!
Punya la seronok adam plus jakun tengok balloon tu punya besaq. kalau banyak duit dah lama pi naik balloon tu skali (padahal mak dia yg teringin) takpa takpa InsyaAllah satu hari nanti. ada pertunjukan jet, helikopter ride, giant ball, rock climbing, picnic area, cruise keliling putrajaya. kami nak naik bot dondang sayang tu sbb tengah promosi dari RM30 sorunk, jadi RM10 ja. tapi umur adam xlepas..so takpa la tunggu adam besaq nanti.
So walaupun takda la pi jauh2 mana pon..but the moment tu best sangat. kesimpulannya sapa yg ada anak tu bawa ja pegi spend time together, xperlu mahal2 takperlu jauh2 (tapi kalau banyak duit baik pi travel jauh2 lagi best hehe).
Lastly thanks to my dear husband, walaupun actually dia busy n penat sabtu tu tapi gagah gak bawa kami ni jalan2..tq b!













